Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

25 Disember 2009

Mari Kita Main Buih Sabun...

Bertemu kembali...

Hari ini kita sama-sama belajar bagaimana untuk membuat buih sabun atau bubble solution. Sudah pasti ramai kanak-kanak yang gemarkan permainan buih sabun. Sebenarnya tidak sukar untuk membuat buih sabun sendiri di rumah kerana kebanyakan bahan-bahannya mudah didapati di rumah. Cuma mungkin masa dan tahap kerajinan ibu bapa yang membataskan ianya dilakukan di rumah. 

Jadi sempena cuti sekolah yang masih berbaki nie, marilah kita sama-sama belajar nak buat buih sabun. Di samping dapat belajar dan mengajar anak kita, kita jugak dapat luangkan masa dengan anak-anak kita juga. Kan tu bagus dan dikira aktiviti berfaedah jugak. 

Anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan langsung untuk membuat buih sabun kerana bahan-bahannya merupakan bahan yang lazimnya terdapat di dapur dan billik air rumah kita. 

Maka ianya, cepat, mudah, murah dan terjamin selamat.


Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Sediakan sabun, mangkuk, air, sudu dan bahan thickening seperti gula atau gliserin.


2. Masukkan 1/2 penutup cecair pencuci pinggan atau syampu bayi ke dalam mangkuk dan tambahkan 2 cawan air.

3. Kemudian, tambahkan 2 sudu teh gula atau bahan thickener seperti glycerin (boleh didapati di farmasi).  Berhati-hati kerana jika terlalu banyak bahan ini ditambah akan membuatkan buih yang dihasilkan terlalu berat  untuk terbang kelak.

4. Kacau semua campuran tersebut sehingga semuanya sebati.


5. Kemudian, ta daa... buih sabun anda sudah siap dan boleh digunakan. Untuk hasil yang lebih memuaskan, simpan buih sabun anda semalaman sebelum digunakan.


Buih sabun dah pun siap...Tapi rasanya macam ada yang tak lengkap je...Apa yer...?


Haa....


Kalau dah ada buih sabun, mestilah ada pelancarnya ataupun dipanggil bubble wand.


Apa......Takde bubble wand...Alamak...nak kena beli pulak...kalau dah beli tak payahlah penat-penat buat buih sabun....dah tentu kalau beli kena beli sekali dengan buih sabunnya sekali...


Usah risau....Jangan irau (kata orang Iban daa...)....


Sebenarnya anda boleh buat  bubble wand anda sendiri....

Laa....buat sendiri lagi....penat le....Kalau penat pi la beli...kalau taknak beli, meh belajar camne nak buat. 

Senang aje caranya....Sekali lagi, bahan-bahanya anda boleh jumpa di rumah aje....Kalau tak jumpa?...Cari la sampai jumpa...hahaha....


Benda yang anda perlukan cuma dawai atau kawat yang nipis. Kemudian anda lilit sedikit di hujungnya hingga dapat membentuk bulatan. Dengan kreativiti anda sendiri, mungkin anda boleh membentuk seperti bentuk hati, segi empat atau apa sahaja bentuk yang anda rasa sesuai.


Apa....??? Dawai pun takde....??? Jangan irau...kalau dah semuanya takde, gunakan aje straw minuman untuk menjadi pelancar biuh sabun anda. Cuma jika gunakan straw tu tak dapatlah buih sabun yang banyak.


Apa lagi....???? Straw pun takde......Apa la susah-susah...pegi beli air kat kedai mapley atau warung mamak, tapau teh ais...dah tentu dapat straw punya.




Ha....Apa lagi??? Semua bahan takde kat umah....???? Duit ade....??? Kalau duit ada, pegi aje lah beli buih sabun yang siap dijual tu...

Kalau takde duit.......................................................................sendiri mau ingat la yer....


Jumpa lagi yeah!!!


p/s: Sebelum terlupa, sambil main-main dengan buih sabun tu, marilah kita nyanyikan lagu Buih Sabun

Mari kita main buih sabun...
gelembung bulat
cantik berkilat
bila ditiup angin sekawan
terbang tinggi sampai ke awan

Sabun taruh air
kocak kocak jadi buih
ambil buluh celup 
tiup buih terbang sayup...

18 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah


Salam Maal Hijrah...

Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijrah ini, laman blog ini dikemaskini semula setelah lama tidak dikemaskini disebabkan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Azam tahun baharu kali ini adalah bagi memeriahkan lagi blog ini agar menjadi lebih segar bugar dari segi kandungan serta penyampaian agar lebih memberi manfaat di samping sebagai satu wadah serta wahana membicarakan apa sahaja yang terlintas di fikiran serta terbuku di hati.

Sebagai sebuah laman blog peribadi yang bebas dan bertanggungjawab, saya akan sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada semua pengunjung laman blog ini agar ianya dapat menjadi wahana yang berguna untuk pelbagai peringkat pembaca dan pengunjung.

Sebelum menutup kalam, maaf dipinta sekiranya tedapat kekurangan dalam laman blog ini kerana ianya akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke masa.

Wassalam.

13 Mac 2009

Mempertahankan warisan Inggeris

ARKIB : 22/02/2009 Utusan Malaysia
Zin Mahmud

Atas nama mengekalkan warisan, akhirnya Sekolah Menengah Victoria kembali dipanggil Victoria Institution (VI). Nama sekolah yang diasaskan pada tahun 1891 ini mengambil sempena Sambutan Jubli Emas Queen Victoria ketua negara Britain yang pada zamannyalah, empayar British berada di puncak.

Penubuhannya dibuat untuk mengikut jejak Raffles Institution di Singapura yang diasaskan oleh Stamford Raffles pada tahun 1823. Sehingga hari ini, namanya tidak berubah.

Antara lulusan Raffles Institution adalah tokoh-tokoh di Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19. Mereka ialah Kapitan Cina, Yap Kwan Seng dan Loke Yew yang merupakan ketua bagi orang Cina di kota itu. Maka mereka dengan sokongan ketua kaum India, Thamboosamy Pillay percaya sebuah sekolah seperti Raffles Institution patut diwujudkan di Kuala Lumpur.

Maka cadangan mereka diterima oleh Residen British bagi Selangor ketika itu, William Hood Treacher. Pada zaman itu Residen British itu adalah de facto Menteri Besar.

VI dapat diwujudkan hasil daripada bantuan derma Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad. Maknanya penubuhan VI adalah atas usaha bersama Raja Melayu, penjajah Inggeris dan ketua-ketua kaum. Patutnya sekolah itu dinamakan Sultan Abdul Samad Institution. Queen Victoria pula dapat nama.

Namun begitu, sejarah wajar dihormati dan peninggalan penjajah British di negara ini juga merupakan warisan yang elok dipertahankan.

Kalaulah orang dahulu mengambil berat mengenai warisan, sudah tentu mereka tidak akan tergesa-gesa menukar nama VI kepada Sekolah Menengah Victoria yang tidak begitu klasik, apatah lagi glamor.

Maka lepas ini sekolah lama penulis iaitu Sekolah Menengah St. John's patut dikembalikan namanya kepada St John's Institution (SJI). Tetapi bukan saja sekolah-sekolah yang terkenal patut dikembalikan nama warisannya. Apa kata sekolah-sekolah biasa seperti sekolah rendah penulis iaitu Sekolah Rendah Jalan Padang Tembak kembali kepada nama dahulu iaitu Rifle Range Road School (RRRS).

Nama jalan ini menjadi demikian kerana ia melalui lapangan sasar menembak di Mindef, kependekan daripada perkataan Ministry of Defence atau Kementerian Pertahanan. Pada zaman British, di sinilah markas tentera utama mereka. Bermakna di sinilah British menguasai Tanah Melayu.

Jalan Padang Tembak ini melalui Jalan Semarak, dahulunya bernama Gurney Road. Namanya begitu klasik. Gurney Road mengmbil sempena nama bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Henry Gurney. Masa itu kedudukannya adalah seperti Yang Dipertua bagi Tanah Melayu, maklumlah beliau mewakili Raja England yang mana negaranya menjajah Tanah Melayu. Gurney ditembak mati di Bukit Fraser.

Nama Fraser's Hill dan Cameron Highland tidak diubah sehingga kini. Ia terus menjadi warisan. Boleh pula nama bersejarah ini dikekalkan. Yang telah berubah ialah Maxwell Hill di Taiping yang kini dikenali sebagai Bukit Larut. Namun Sekolah Menengah Maxwell di Kuala Lumpur mengekalkan nama asalnya.

Apa salahnya mengekalkan nama-nama asal supaya ciri sejarah dapat dipertahankan. Sebarang nama baru biarlah diberikan kepada jalan atau tempat baru.

Begitu juga dengan nama negara ini sendiri. Asalnya Tanah Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris ia menjadi Malaya. Sepatutnya biarlah begitu tetapi apabila Malaysia diwujudkan, Tanah Melayu menjadi Malaysia Barat. Kemudian ia bertukar menjadi Semenanjung Malaysia.

Apa yang nyata, nama Melayu itu sudah hilang. Pada masa ini katakan hendak dikembalikan nama Tanah Melayu, sudah tentu dirasakan seperti ada unsur-unsur perkauman.

Maka tidak hairanlah Keretapi Tanah Melayu bertukar namanya kepada KTM Berhad. Hilanglah nama Melayu pada perkhidmatan keretapi ini. Ada ura-ura akan ditubuhkan sebuah lagi syarikat keretapi nasional, jangan harap akan digunakan perkataan Melayu.

Malah perkhidmatan LRT yang dahulunya dikenali sebagai Putra sudah hilang nama Melayunya untuk menjadi RapidKL. Ingatlah bahawa satu masa dahulu, perkhidmatan bas utama di Kuala Lumpur bernama Seri Jaya. Namanya ditulis dalam jawi di atas badan bas. Kemudian ia bertukar menjadi SJ saja. Tidak lama kemudian, ia diambil alih dan ditukar namanya kepada Intrakota. Perkataan itu separuh Melayu, separuh Inggeris. Lepas itu, bertukar menjadi RapidKL. Hilang langsung perkataan Melayu. Begitu juga dengan syarikat bas lain di Kuala Lumpur seperti Cityliner.

Ketika kereta nasional mula diperkenalkan, tentunya rakyat negara ini berbangga dengan nama Saga, Iswara, Satria, Waja dan Juara. Begitu juga dengan Perodua yang memiliki nama seperti Kancil, Rusa, Kelisa dan Kenari. Lepas itu nama Melayu pun hilang.

Nasib baik Naza memperkenalkan nama seperti Citra, Ria dan Sutra. Kadang kala rakyat negara ini sudah tidak berbangga dengan nama ibunda, kononnya tidak sedap didengar.

Ada satu masa dahulu atas nama nasionalisme, maka ditukar nama-nama bersejarah. Maka hilanglah Jalan Batu, Jalan Mountbatten, Jalan Travers, Jalan Brickfields, Foch Avenue, Jalan Parry, Circular Road dan pelbagai nama jalan.

Tetapi setelah lama merdeka, suka pula mengguna nama asing. Sedangkan banyak nama Melayu yang sedap didengar. Lihatlah Damansara, Melawati, Menjalara, Maluri dan Hartamas, ia menjadi tempat glamor walaupun namanya bukan daripada bahasa Inggeris.

Nampaknya, sudah lupa tentang perkataan-perkataan indah daripada bahasanya sendiri. Mungkin kerana terlampau mengejar mata pelajaran sains hinggakan sastera dipandang lekeh, sedangkan kedua-duanya adalah perlu. Kini orang sudah kurang menggunakan istilah barah, kencing manis, angin ahmar dan lelah. Ia telah digantikan dengan kanser, diabetes, strok dan asma. Lagipun jabatan kajicuacapun sudah bertukar menjadi Jabatan Meteorologi. Maklumlah pengajaran sains sudah pun dalam bahasa Inggeris.