Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

30 Mac 2007

25 Petua Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Berbahasa Inggeris

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kapda bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street .

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan . Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau anda sendiri tak berapa ingat, apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperi letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

18. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

19. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

20. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap BM dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

21. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

22. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

23. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

24. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

25. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.

Adab Makan Di Majlis Rasmi: Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu Bhg 2

Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan :

1. Sup - harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.

2. Salad - gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.

3. Ikan - gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

4. Daging - gunakan garpu utama yang disediakan.

5. Pencuci mulut - sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.

6. Asparagus - asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.

7. Bacon - apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!

8. Roti - roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.

9. Biskut - biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.

10. Jagung - sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.

11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger - makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

12. Sandwich - sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

13. Buah-buahan kecil bertangkai - kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.


Artikel di atas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL - TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL. Untuk lain-lain artikel kerjaya dan etiket sosial, sila lawati www.books.perintis.com.my.

Adab Makan Di Majlis Rasmi: Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu Bhg 1

Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.

Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.

Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.

Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan.

Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan!

Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.

Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja!

Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.

Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.

Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.

29 Mac 2007

Tips Mendidik Anak-Anak


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanyakanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkanmereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

18 Common Mistakes by Google Adsense Publishers that Violate Terms of Service

Google Adsense program is a popular web advertising program which provides a good income source for many websites. There are well defined terms of service to strictly adhere to when participating in the program.

On my visit through sites and forums, I daily notice several instances of misuse of Adsense ads. So here a few helpful Google Adsense tips, probably many you already know, and few you might gain by knowing now. These adsense faq are all picked from the Program Policies, Terms and Conditions and FAQ itself and presented in a simplified manner.

1. Never click your own adsense ads or get them clicked for whatever reason. You know this one very well. This is a surefire way to close you Adsense account. Never tell your office associates or friends to click on them. Keep a check if your family or children are busy increasing your income by clicking your ads and indirectly trying to stop your income. Dont even think of offering incentives for clicks, using automated clicking tools, or other deceptive software. Adsense is very smart to detect fraudulent clicks. Check the ads which appear on your pages by the Google Preview tool if required.

2. Never change the Adsense code. There are enough means of adsense optimization & customizations available to change the colour, background or border to suit your needs. Do whatever you want to do outside the code, never fiddle within the ad or the search code. They know it when you do. The search code has more limitations to colour and placement, but you should adhere to the rules. The code may stop working and violates the TOS.

3. Do not place more than 3 ad unit and 1 ad links or 2 adsense search boxes on any web page. Anyway, ads will not appear in those units even if you place more ad units. But this is the limit they set, so it is better to stick to it.

4. Do not run competitive contextual text ad or search services on the same site which offer Google Adsense competition in their field. Never try to create link structures resembling the adsense ads. Never use other competitive search tools on the same pages which have Adsense powered Google search. They do allow affiliate or limited-text links.

5. Do not disclose confidential information about your account like the CTR, CPM and income derived via individual ad units or any other confidential information they may reveal to you. However, you may reveal the total money you make as per recent updates to the TOS.

6. Label headings as “sponsored links” or “advertisements” only. Other labels are not allowed. I have seen many sites label ads with other titles. Dont make your site a target in a few seconds gaze.

7. Never launch a New Page for clicked ads by default. Adsense ads should open on the same page. You may be using a base target tag to open all links in a new window or frame by default. Correct it now as they do not want new pages opening from clicked ads.

8. One Account suffices for Multiple websites. You do not need to create 5 accounts for 5 different websites. One account will do. If you live in the fear that if one account is closed down for violation of TOS, believe me they will close all accounts when they find out. You can keep track of clicks by using channels with real time statistics. They will automatically detect the new site and display relevant ads.

9. Place ads only on Content Pages. Advertisers pay only for content based ads. Content drives relevant ads. Although you might manage some clicks from error, login, registration, “thank you” or welcome pages, parking pages or pop ups, it will get you out of the program.

10. Do not mask ad elements. Alteration of colours and border is a facility to blend or contrast ads as per your site requirements. I have seen many sites where the url part is of the same colour as the background. While blending the ad with your site is a good idea, hiding relevant components of the ads is not allowed. Also do not block the visibility of ads by overlapping images, pop ups, tables etc.

11. Do not send your ads by email. Html formatted emails look good and allow placement of these javascript ads. But it is not allowed as per TOS. You do not want impressions registering on their logs from any email even once. They are watching!

12. Keep track of your content. So Adsense is not allowed on several non content pages. But it is also not allowed on several content pages too. Do not add it on web pages with MP3, Video, News Groups, and Image Results. Also exclude any pornographic, hate-related, violent, or illegal content.

13. Do not alter the results after ad clicks or searches - Ensure you are not in any way altering the site which the user reaches to after clicking the ads. Do not frame, minimize, remove, redirect or otherwise inhibit the full and complete display of any Advertiser Page or Search Results Page after the user clicks on any Ad or Search results.

14. Avoid excessive advertising and keyword stuffing - Although the definition of ‘excessive’ is a gray area and is subject to discretion, yet Google adsense with correct placement, focused content and high traffic will get you much more income than other programs, so excessive advertising is not required. Keyword stuffing does target better focused ads, but overdoing it is not required.

15. Ensure you Language is Supported - Adsense supports “Chinese (simplified), Japanese, Danish, Korean, Dutch, Norwegian, English, Polish, Finnish, Portuguese, French, Russian, German, Spanish, Hungarian, Swedish, Italian and Turkish”. In addition, AdSense for search is available in Czech, Slovak, and Traditional Chinese. If your web pages language is not supported, do not use the code on such pages.

16. Only single referral button per product per page - With the launch of the google adsense referral program, you are allowed to put only one referral button for adsense referral, adwords referral, and Firefox with google toolbar referral.

17. Do not specify Google ads as your alternate ads. - Several services like Chitika eminimalls allow you to place alternate urls, when a targeted paying ad cannot be displayed. This involved creating an simple html page and putting the ad to be displayed instead. Even Adsense allows an alternate url feature instead of displaying public service ads. But never use Adsense ads as alternate urls.

18. Add Borders betweem Images and text ads - It was a common policy to increase CTR by placing same number of images as the number of text ads, which falsely gave the impression that the text ads represented an explanation to these images. Insert a border when placing images and text ads in such a manner, to avoid confusing readers to falsely click ads.

Whenever in doubt, it is better to ask for adsense help from the learned staff of Google Adsense. They are very helpful!

20 Tips To Burn Out Calories

1. Substitute fruit purees for butter or margarine. They are easy to prepare in a food processor and will significantly reduce calories and fat.
2. Cheese is good for you, but the fat is not. Try this: Zap cheese in the microwave and drain off grease or choose lower fat options.
3. Exercising before you eat just makes you hungrier. Exercise AFTER eating when the body has to work harder to digest food.
4. Don’t eat while watching television. You can become so engrossed in your program, that don’t even realize how much you are eating.
5. Too many people skip breakfast. Eat in the morning when the body burns more calories.
6. Water mixed with fructose suppresses appetite better than glucose with water or diet drinks. Drink a glass of orange juice one half to one hour before a meal.
7. Avoid trans fatty acids as much as possible. Use olive or canola oil when cooking. Avoid products that list partially hydrogenated oils, since these are trans fatty acids.
8. Switch from whole to skim milk. All the nutrients are there without the fat. Okay, at least cut back to low fat (1%)!
9. Limit yourself to just four egg yolks a week.

10. Trim all fat from meats before cooking. You’ll be amazed at how much you reduce your fat intake if you take this one small step.
11. Eliminate fried foods. Do we need to say why?
12. Cream sauces like alfredo and hollandaise are loaded with fat. Use tomato-based sauces instead of cream.
13. Use lemon juice or low sodium soy sauce for flavor.
14. Don’t skip meals. When you do, you eat more at your next meal and usually eat the wrong foods.
15. Read labels – check fat, sugar and salt content.
16. Stop buying on impulse. Never shop for groceries without a list.
17. Avoid shopping when you are hungry – eat first!
18. Shop for groceries once a week and only buy from your prepared list.
19. Head directly to the fruit and vegetable aisles when you enter the grocery store. Fill up your basket in these aisles and you’ll be less likely to buy binge food.
20. If you have a local “farmers market” where you can buy your fruits and veggies off the truck, by all means do so. They’ll be fresher, healthier, and tastier.

22 Mac 2007

Lagi Tujuh Keajaiban Dunia

Jika artikel sebelum ini memaparkan senarai 7 Keajaiban Dunia, artikel ini menyenaraikan tujuh keajaiban dunia dari pelbagai kategori :

The Seven Wonders of the Ancient World


* The Great Pyramid of Giza
* The Hanging Gardens of Babylon
* The Temple of Artemis at Ephesus
* The Statue of Zeus at Olympia
* The Mausoleum at Halicarnassus
* The Colossus of Rhodes
* The Pharos of Alexandria

The Seven Wonders of the Medieval Mind

* Stonehenge
* The Colosseum
* The Catacombs of Kom el Shoqafa
* The Great Wall of China
* The Porcelain Tower of Nanjing
* The Hagia Sophia
* The Leaning Tower of Pisa

The Seven Natural Wonders of the World

* Mount Everest
* The Great Barrier Reef
* The Grand Canyon
* Victoria Falls
* The Harbor of Rio de Janeiro
* Paricutin Volcano
* The Northern Lights

The Seven Underwater Wonders of the World

* Palau
* The Belize Barrier Reef
* The Galapagos Islands
* The Northern Red Sea
* Lake Baikal
* The Great Barrier Reef
* The Deep Sea Vents

The Seven Wonders of the Modern World

* The Empire State Building
* The Itaipú Dam
* The CN Tower
* The Panama Canal
* The Channel Tunnel
* The North Sea Protection Works
* The Golden Gate Bridge

The Seven Forgotten Natural Wonders of the World

* Angel Falls
* The Bay of Fundy
* Iguaçú Falls
* Krakatoa Island
* Mount Fuji
* Mount Kilimanjaro
* Niagara Falls

The Seven Forgotten Modern Wonders of the World

* The Clock Tower (Big Ben)
* Eiffel Tower
* The Gateway Arch
* The Aswan High Dam
* Hoover Dam
* Mount Rushmore National Memorial
* The Petronas Towers

The Seven Forgotten Wonders of the Medeival Mind

* Abu Simbel Temple
* Angkor Wat
* Taj Mahal
* Mont Saint-Michel
* The Moai Statues
* The Parthenon
* The Shwedagon Pagoda

The Forgotten Wonders

* The Aztec Temple
* The Banaue Rice Terraces
* The Borobudur Temple
* The Inca City
* The Statue of Liberty
* The Mayan Temples
* The Temple of the Inscriptions
* The Throne Hall of Persepolis
* Petra
* The Suez Canal
* The Sydney Opera House
* The Red Fort in India

Maklumat lanjut di
http://wonderclub.com/AllWorldWonders.html

Tujuh Keajaiban Dunia Yang Baru

Anda mungkin biasa mendengar 7 keajaiban dunia yang biasa disebut seperti Taj Mahal, Tembok besar China atau Taman Tergantung Babylon. Kini, anda boleh menentukan yang manakah layak dinobatkan sebagai Tujuh Keajaiban Dunia yang baru. Anda boleh mengundi di laman web : http://www.new7wonders.com/index.php dan buat pilihan anda sendiri. Di bawah ini disenaraikan 21 calon bagi terpilih untuk diundi sebagai tujuh Keajaiban Dunia yang baru :


1. Acropolis of Athens Athens, Greece
2. Alhambra Granada, Spain
3. Angkor Wat Angkor, Cambodia
4. Chichen Itza Yucatan, Mexico
5. Christ the Redeemer Rio de Janeiro, Brazil
6. Colosseum Rome, Italy
7. Easter Island Moais Easter Island, Chile
8. Eiffel Tower Paris, France
9. Great Wall China
10. Hagia Sophia Istanbul, Turkey
11. Kiyomizu Temple Kyoto, Japan
12. Kremlin and Red Square Moscow, Russia
13. Machu Picchu Cuzco, Perú
14. Neuschwanstein Castle Füssen, Germany
15. Petra Jordan
16. Pyramids of Giza Egypt
17. Statue of Liberty New York City, United States
18. Stonehenge Amesbury, United Kingdom
19. Sydney Opera House Sydney, Australia
20. Taj Mahal Agra, India
21. Timbuktu, Mali

Undian anda akan diketahui pada 07 Julai 2007 (7.7.07) di laman web berkenaan. Buatlah undian anda.

(P/S : Takde calon dari Malaysia :( )

21 Mac 2007

Uji darah elak warisan Talasemia

Talasemia merupakan satu keadaan yang diwarisi. Gen yang diperturunkan daripada ibu bapa menentukan sekiranya seseorang itu akan mendapat talasemia.

Talasemia tidak boleh berjangkit dari individu ke individu lain. Simptom talasemia bergantung kepada gen yang diwarisi.

Gen yang terlibat dalam talesemia mengawal penghasilan hemoglobin iaitu sejenis protein dalam sel darah merah.

Hemoglobin ini yang membawa oksigen kepada tisu-tisu dalam badan yang merupakan satu keperluan wajib untuk menjalani proses kehidupan.

Setiap satu molekul hemoglobin terdiri daripada empat unit protein. Dua daripadanya dipanggil Alfa dan dua lagi dikenali sebagai Beta.

Talasemia berlaku jika satu atau lebih daripada gen-gen tersebut gagal berfungsi mengakibatkan kekurangan salah satu daripada unit protein sama ada Alfa atau Beta.

Jika gen protein Beta yang terlibat maka keadaan itu dipanggil Beta Talasemia tetapi jika gen protein Alfa terlibat ia dipanggil Alfa Talasemia.


Beta Talasemia Trait

Kecacatan pada proses penghasilan protein Beta adalah punca utama Beta Talasemia.
Jika satu daripada gen protein Beta sahaja yang gagal, ini bermakna jumlah protein Beta di dalam sel dikurangkan separuh.

Ini membawa kepada apa yang dipanggil Talasemia Minor atau Trait.

Jika kedua-dua gen protein Beta gagal, tiada protein Beta dihasilkan. Ini membawa kepada Talasemia Major.

Talasemia Trait atau Minor adalah satu keadaan yang menghasilkan anemia atau pucat yang sederhana.

Pesakit ini selalunya sihat dan hanya diketahui secara kebetulan ketika ujian darah. Ia sering tersilap didiagnosis sebagai anemia kekurangan zat besi dengan Talasemia Trait.

Keadaan ini tidak dapat dirawat dengan pengambilan zat besi sahaja. Masalah Beta Talasemia Trait boleh diwarisi oleh anak- anak mereka jika pasangan mereka juga pembawa Beta Talasemia Trait.


Warisan talasemia

Anak pasangan talasemia berisiko satu dalam empat akan mewarisi dua gen talasemia. Anak tersebut akan menghidapi talasemia jenis serius iaitu talasemia Major.

Pemeriksaan talasemia

Pelbagai dilema yang dihadapi oleh pesakit di antaranya, rawatan yang menelan belanja yang tinggi serta masalah-masalah transfusi darah serta terdapatnya kekurangan kemudahan untuk pemindahan sel induk (Stem Cell).

Sejak kebelakangan ini, usaha untuk melakukan ujian saringan talasemia semakin mendapat perhatian. Dengan adanya ujian pemeriksaan talasemia ini pasangan yang berisiko boleh dikenal pasti.


(Disediakan oleh Pakar Runding Pediatrik, Hospital Pakar Shah Alam, Selangor, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.)