Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

12 Januari 2010

Hari Ini...Setahun Yang Lalu...

Hari ini 12 Januari, genap setahun aku dimasukkan ke hospital akibat unstable angina atau bahasa yang orang selalu cakap sakit dada. Tapi sebenarnya bukan sakit dada pun cuma dada rasa berdebar-debar dan tak tentu arah.

Hampir empat hari aku terlantar di hospital dan mengambil masa hampir sebulan untuk pulih dari keadaan tersebut. Salah satu punca mungkin kerana terlampau penat selepas 3 hari bertungkus lumus untuk satu kursus bagi temuduga pegawai tadbir Negeri Johor di INTAN, Kluang.

Salah satu sebab lagi juga mungkin kurangnya penjagaan kesihatan terutamanya cara pengambilan makanan yang tidak seimbang ditambah dengan kemalasan tahap gaban untuk bersenam dan beriadah.

Jadi baru-baru ini setelah hampir setahun kejadian tersebut, pemeriksaan berkala di hospital mendapati tahap kolesterol dalam badan agak tinggi iaitu 6.1 unit iaitu sama tahap dengan kolesterol tinggi.

Jadi sempena kedatangan tahun baharu dan memperingati peristiwa tersebut setahun lepas, jadi tahun 2010 adalah azam baru bagi aku mengkonsistenkan atau istiqamah dalam menjaga kesihatan bukan sahaja jasmani tetapi juga rohani.

Kalau dahulu kurang beriadah, sekarang masanya lebih rajin beriadah, kalau dulu baca Al-Quran payah sehelai sehari, nak tambah 2 helai atau terus satu juzuk sehari. Tapi kena ingat, jangan terus naik mendadak, sebab bila naik mendadak selalunya turunnya pun mendadak dan terus turun,bukan turun lepas tu maintain balik. Biar sedikit tetapi konsisten bukan banyak tapi bak hangat-hangat tahi ayam.

Tiada ulasan: