Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

31 Januari 2010

Perkhidmatan Internet TM terganggu akibat sirkit rosak

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM hari ini, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah itu, beberapa laluan Internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, tambah kenyataan itu.

Menurut TM berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan, manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih “perkhidmatan Internet” atau menghantar e-mel di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai sebarang masalah perkhidmatan Internet berkaitan. - Bernama

Tiada ulasan: