Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

10 September 2011

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah

Assalamualaikum...

Tiba-tiba sahaja rasa tergerak hati ingin sama-sama 'memanaskan' topik perbincangan tentang satu lagi fakta atau boleh juga dipanggil pendapat majoriti tentang kemerdekaan negara iaitu TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH!!!

Sebenarnya secara jujur, beberapa tahun lalu, saya pernah membaca sebuah buku bertajuk 31 Ogos Yang Silap nukilan seorang bekas guru iaitu Tuan Hj Ahmad Ismail (kebetulan sama nama dengan ayahanda saya) yang berhujah dengan bukti dan fakta sejarah bagi menyokong pendapat beliau yang menyatakan negara kita sememangnya tidak pernah dijajah terutamanya oleh kuasa-kuasa Eropah (Portugis, Belanda & Inggeris)

Mungkin kepada sesetengah orang, ini adalah kali pertama mereka mendengar bahawa Malaysia atau lebih tepat Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan fakta ini memang agak mengejutkan mereka.

Pertama kali apabila saya membaca buku tersebut, saya juga agak terkejut tetapi dengan fakta dan bahan bukti yang dikemukakan oleh penulis buku ini, saya pasti apa yang dikemukakannya memang satu tulisan yang jujur yang patut diterima.

Buku tersebut mungkin tidak mendapat sambutan memandangkan ianya hanya dianggap karya picisan dan ditulis bukan oleh seorang professor terkenal dan dijual murah di kedai buku. Tetapi walaupun begitu, ilmu yang disampaikan dianggap mendahului pendapat terkini dan jika ianya disebarluaskan dahulu, ianya mungkin dianggap melawan arus dan mungkin juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi sekarang terbukti bahawa pendapat beliau telah diterima dan diperakui oleh seorang yang professional yang datangnya dari Majlis Professor Negara iaitu Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Berikut merupakan sinopsis buku 31 Ogos Yang Silap yang dipetik dari laman blog http://thereadinggroupmalaysia.blogspot.com

Tajuk: 31 Ogos Yang Silap.
Penulis: Ahmad Ismail.
Penerbit: Sri Kemilau Enterprise.

Kandungan

Bab 1. Kemerdekaan: 31 Ogos Yang Silap.

Bab 2. Penaklukan: Erti Yang Tersurat- Contoh Dari Ibarat.

Bab 3: Kemerdekaan Dan Kedaulatan:Orang Melayu Lebih Berjaya Daripada Barat.

Bab 4: Inggeris: Sahabat Yang Termakan Budi.

Bab 5: Tanah Melayu Dijajah? Faktanya Salah - Tarikhnya Bercanggah.

Bab 6: Campurtangan Dan Gangguan Inggeris.

Bab 7: Inggeris: Budinya Manis - Pahitnya Tak Dapat Ditelan.

Bab 8: Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (NMTB)

Bab 9. Jawatan Dan Tugas.

Bab 10. Malayan Union.

Bab 11. Kedaulatan: Satu Dalam 1000 Bukan 1000 Dalam Satu.

Tiada ulasan: