Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

04 Oktober 2013

Overheating! apa perlu buat?

Penjagaan radiator amat penting bagi mengelakkan kepanasan enjin melampau. Akan tetapi, penjagaan radiator sahaja tidak menjamin isu overheating tidak akan berlaku.
Radiator adalah salah satu komponen penting dalam sistem sejukan enjin. Akan tetapi, ada lagi beberapa komponen lain yang terlibat sama dalam proses sejukan enjin seperti hos getah, penutup radiator, kepala tangki radiator, pam air dan kipas radiator.

Jika salah satu komponen yang dinyatakan tidak berada dalam kondisi yang baik, maka sistem keseluruhan tidak akan berjalan dengan baik. Perkara ini akan menaikkan suhu enjin dan mungkin akan mengakibatkan pelbagai perkara yang lebih serius berlaku.

Komponen penting dalam sistem sejukan cecair kenderaan:
1.  Radiator
Tangki utama yang menyimpan cecair penyejuk. Periksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Pastikan paras cecair cukup dan tidak berkarat.

2.  Penutup tangki radiator
Pastikan anda menukar penutup tangki radiator anda. Rujuk kepada bengkel bertauliah bila ia perlu diganti.

3.  Kipas enjin
Sentiasa pastikan kipas berfungsi dengan baik. Jika terdapat tanda-tanda kipas tidak berfungsi dengan baik, tukar motor kipas dan sebaik-baiknya dengan alat ganti tulen daripada pengilang.

4.  Pam air
Pastikan anda kerap memeriksa sistem keseluruhan sistem sejukan semasa melakukan servis.

5.  Hos getah
Hos-hos getah di sekitar enjin menghubung sistem sejukan cecair. Pastikan getah tidak membengkak atau keras. Kebocoran boleh terjadi jika hos getah terlalu lama. Manakala pada bahagian dalaman sistem, jika gasket terjejas, ia akan menyebabkan anda terpaksa sentiasa mengisi tangki radiator kereta.

Overheating ketika memandu, apa perlu buat?
1.  Jika anda menyedari jarum suhu enjin naik, jangan tunggu sehingga ia mencecah pada garisan merah ‘H’ (hot). Berhentikan kereta anda di bahu jalan dan matikan enjin. Jauhkan daripada melalui kawasan trafik sibuk.

2.  Buka hud enjin anda untuk biarkan enjin sejuk.

3.  Jangan sesekali terus membuka penutup tangki radiator. Tekanan tinggi dalam tangki boleh menyebabkan air panas terpancut keluar.

4.  Periksa tangki simpan (reservoir) radiator. Kebanyakan kereta moden menggunakan bekas plastik. Isikan air jika kosong.

5.  Selepas enjin sejuk, buka penutup radiator dengan menggunakan kain secara perlahan-lahan. Isikan air ke dalam tangki radiator sehingga penuh. Periksa setiap hos untuk pastikan tiada kebocoran. Jika tidak terdapat kebocoran yang berlaku pada hos atau tangki, berkemungkinan besar anda mengalami masalah kipas yang tidak berfungsi, pam air, atau masalah kebocoran dalam bahagian enjin.

6.  Hidupkan enjin dan periksa semula sama ada kipas berfungsi atau tidak. Sekiranya kipas tidak berfungsi, kereta masih boleh dipandu tetapi elakkan trafik sibuk.

Apa perlu buat jika terpaksa memandu kereta bermasalah overheating?
1.  Tutup sistem pendingin hawa.

2.  Sentiasa melihat meter suhu enjin.

3.  Matikan enjin jika terlalu panas.

4.  Pastikan melalui jalan yang tidak sibuk.

5.  Segera bawa ke bengkel.


Tiada ulasan: