Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

26 April 2007

Planet berbatu, memiliki air seakan-akan bumi ditemui

Utusan Malaysia, 26 April 2007

Buat pertama kali, sekumpulan ahli astronomi Eropah menemui sebuah lagi planet seakan-akan bumi di luar sistem solar dengan suhu sederhana yang mampu menyokong hidupan dan mempunyai air.
Bagaimanapun, kumpulan ahli astronomi tersebut masih belum melihat planet yang mengorbit bintang merah kerdil, Gliese 581 itu secara langsung.


Gliese 581 merupakan antara 100 bintang yang berdekatan dengan bumi iaitu hanya berjarak 20.5 tahun cahaya dan berada dalam buruj Libra.

Dalam surat mereka kepada pengarang jurnal Astronomy and Astrophysics, ahli-ahli astronomi itu berkata, berdasarkan ukuran bintang tersebut, planet itu didapati besar sedikit daripada bumi.

“Ini merupakan penemuan pertama planet yang mempunyai persamaan dengan bumi iaitu berbatu dan memiliki air yang boleh wujud dalam bentuk cecair,’’ kata ketua penyelidik, Stephane Udry dari Balai Cerap Geneva, Switzerland.

“Kami menganggarkan suhu di planet itu adalah antara 0 hingga 40 darjah Celsius,’’ katanya.
Sebelum ini, kebanyakan 200 planet yang ditemui di luar sistem solar wujud dalam bentuk gas gergasi seperti Musytari.

‘‘Jejari planet itu kira-kira 1.5 kali lebih panjang daripada jejari bumi dan kami menjangkakan ia sama ada berbatu atau dilitupi lautan seperti bumi,’’ kata Udry lagi.

Beliau dan rakan penyelidiknya menjangkakan planet itu mempunyai jisim lima kali ganda berbanding bumi.

Kumpulan pengkaji tersebut pernah mendapat pujian ekoran penemuan pertama sebuah planet di luar sistem solar pada 1995.

“Disebabkan suhu dan ciri-ciri lain yang hampir sama, planet itu mungkin menjadi sasaran utama untuk misi angkasa pada masa depan bagi penyelidikan hidupan di luar daratan,’’ kata seorang lagi penyelidik, Xavier Delfosse dari Universiti Grenoble, Perancis.
– Reuters

Tiada ulasan: